.

September 25, 2018
"Wahai Tuhan yang menghilangkan segala kesedihan, menyingkap segala kerungsingan, wahai tuhan yang menjawab doa orang yang ditimpa mudarat, aku berlindung dengan sifat redhaMu dari sifat kemurkaanMu, dengan sifat maafMu dari siksaanMu, jangan kau putuskan harapanku dan jangan kau sia-siakan doaku."


.

November 10, 2002
"Wahai Tuhanku yang tidak mendapat sebarang keuntungan daripada taatnya para hamba dan tidak mendatangkan kemudaratan akibat derhaka hamba Nya. Kurniakanlah kepadaku perkara yang Engkau sukai dan ampunkanlah segala perbuatanku yang tidak Engkau sukai".



.

Maka Ya Allah
Jadikanlah saat akhir umurku
Bahagian umurku yang terbaik
Jadikanlah amalanku yang terakhir
Ialah amalanku yang paling baik
Dan jadikanlah hari ku menemuimu
yakni saat kematian
Ialah hari ku yang terbaik
Amin Ya Mujib
Amin Ya Rabbal Al-Amin.


.